Khamis, 29 Oktober 2009

HIMPUNAN PEMUDA ISLAM TERENGGANU (HIMPUNAN 10K)


PAS adakan seminar ganti muktamar khas

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

_______________

KOMEN PEMBACA

_______________


1.
Sepatutnya tidak lagi timbul sebarang perbahasan berkaitan perkara tersebut. Musuh - musuh Islam sentiasa mencari jalan dan memperalatkan segolongan yang mengaku Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum syara,. mereka ini hanya menyalak untuk menarik perhatian awam akibat daripada kehilangan sokongan yang ketara dikalangan rakyat semasa pilihanraya umum lalu. Tekanan jiwa yang dialami oleh golongan tersebut semakin ketara. Qunut Nazilah adalah senjata utama kepada pendukung gerakan islam. Insya Allah yang Haq pasti menang dan Kebathilan pasti akan menemui kehancuran. Takbir. -Yusoff Abdul._

sumber : harakahdaily

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

Image Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Image

(Gambar:Abdul Hadi menyambut ketibaan Nik Aziz di luar bilik mesyuarat)

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Andul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

sumber : harakahdaily

Isnin, 26 Oktober 2009

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato? Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

sumber : harakahdaily

Ahad, 18 Oktober 2009

HULU TERENGGANU – Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Hussin Awang menyifatkan ucaputama yang disampaikan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu ucapan kepada seluruh umat Islam dan rakyat yang mahukan perubahan.

Beliau yang ditemui sejurus selesai ucaputama semalam berkata ia merupakan arahan kepada jentera dan petugas-petugas parti dan mengggambarkan satu pengharapan yang begitu baik terhadap masa depan.

”Satu ucapan yang menjuruskan kepada pengarahan kepada jentera dan petugas parti, menggambarkan satu pengharapan yang begitu baik terhadap masa depan dan perubahan yang di cita-citakan oleh seluruh umat,

”seluruh rakyat mahu melihat satu perubahan yang begitu ketara dan pengalaman yang telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat sebelum ini memberikan satu keyakinan, kita mampu untuk merubah kepada keadaan yang lebih baik dari keadaan masakini,”ujarnya.

Ijtimak Kepimpinan Terengganu; UCAPTAMA PRESIDEN PAS

Para peserta ijtima’ sekelian, Hari ini kita masih berada di penghujung bulan Syawal, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Minal ‘aiddina wal faaizin, kullu ‘aamin wa antum bikhair. Tidak lupa juga kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad di Palestin, Iraq, Afghanistan, Filiphina, Selatan Thailand dan juga saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian di Padang, Sumatera Barat dan lain-lain

Hari Raya adalah hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa dan bagi mereka yang berjihad. Walaupun ribut dan badai melanda bahtera perjuangan, mereka tetap dengan janji dan tidak sekali-kali menukarkannya kepada yang lain. Hal ini telah dikisahkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran;

“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat bala tentera Ahzab, mereka menyatakan inilah janji Allah dan RasulNya, benarlah janji Allah dan Rasulnya. Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah”

(Gambar - Presiden PAS merasmikan laman web Baitul muslim..... Untuk gambar-gambar selanjutnya klik Buletionline Blog)

Dalam suasana berhari raya ini juga, kita menyertai Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, di Negeri Sembilan. Suatu pilihan raya kecil yang amat buruk, kotor dan jelek dalam sejarah tanah air. Walaupun BN berbangga dengan kemenangan besar mereka, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa sistem demokrasi di dalam negara ini penuh dengan ugutan, permusuhan, rasuah, kebiadaban dan penipuan oleh UMNO/ BN.

Namun, kita tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang termahal, nikmat yang diberikan hanya kepada orang-orang yang dikasihiNya iaitu nikmat Iman dan Islam. Bahkan bertambah-tambah syukur kita, apabila dipilih oleh Allah menjadi pekerja dan pejuang Islam berhimpun pada hari ini membincangkan tajuk,

“Berubah Untuk Kemenangan Islam”.


2.0 ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

2.1 Islam Agama Fitrah

Islam, agama seluruh para anbiya’ dan mursalin alaihimussalaa tu wassalam semenjak nabi Adam sehingga nabi kita Muhammad SAW adalah ajaran yang sempurna. Ia bukan ciptaan manusia dan juga bukan ciptaan Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang diistilahkan oleh orientalis Barat sebagai Muhammadanism (agama Muhammad) tetapi ianya adalah daripada Allah Yang Maha Esa dan Maha Agung.

Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ketika dunia berada dalam kesesatan jahiliyyah (kerosakan aqidah, akhlaq, ekonomi, politik). Penduduk Mekah yang mempunyai Baitullah (Kaabah), telah mensia-siakan ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim A.S. Rome, tempat berkembangnya ajaran Kristian, telah menjadi kuasa politik yang memperalatkan Kristian untuk kepentingan segelintir manusia.

Parsi, negeri yang maju dari segi aspek kebendaan tetapi penduduknya menyembah api di samping berpegang dengan falsafah Zoroaster. China, penduduknya beragama Budha, Lotze dan Confutze yang mengabdikan diri sesama makhluk. India, negeri yang dibanjiri oleh dewa-dewi yang disembah oleh penganut Hindu. Tidak kurang juga apa yang dilakukan oleh penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh yang syirik dan terkapai-kapai dalam kegelapan.

Islam di bawah pimpinan Muhammad SAW, Nabi terakhir memimpin manusia secara fitrah. Lihatlah bagaimana hebatnya wahyu pertama yang diturunkan dalam surah Al-Alaq, ayat 1-5:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Islam mengajak manusia mengenal penciptanya, agar mereka mengenal tujuan hidup dan tempat mereka akan kembali di penghujung hayat mereka.

2.2 Islam Merubah Wajah Dunia

Sirah menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar berlegar di dalam masjid sahaja. Ianya di sampaikan disegenap penjuru dunia. Setelah berjaya melahirkan peribadi Muslim, keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam di al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah mengembangkan Islam dengan menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin yang berada di sekeliling Madinah selepas mengadakan perjanjian Hudaibiyah.

Surat-surat dihantar kepada Najasyi (Raja) Habsyah, al-Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Heraqla (Hercules) Raja Rome, pemimpin Bahrain Al-Munzir bin Sawi, pemerintah Yamamah Hauzah bin ‘Ali, pemerintah Damsyik al-Harith bin Abi Syamar dan juga Raja Oman. Kepada Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah Rasulullah SAW menulis surat dengan susunan ayat-ayat berikut :-

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Rasulullah SAW kepada Hauzah bin Ali, selamat sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Ketahuilah bahawa sesungguhnya agamaku akan mencapai kemenangan sehingga kepenghabisan sampainya kuku unta dan kuda. Maka dengan Islamlah nescaya kamu selamat, dan aku jadikan (pertanggungjawabkan) untuk mu apa yang telah ada di bawah tangan (kekuasaan) mu.”

2.3 Sistem Ciptaan Manusia Pasti Tumbang

Manusia mencipta sistem-sistem bagi mengurus kehidupan mereka. Sistem ini menemui kegagalan kerana ianya menolak aqidah, syariat dan akhlak yang mulia. Ianya tidak mempunyai piawaian yang mutlak tetapi bersifat anjal mengikut ketentuan masyarakat. Marilah kita melihat bagaimana salah satu sistem ciptaan manusia, iaitu sistem ekonomi. Sistem ini sedang mengalami keruntuhan yang menakutkan kuasa-kuasa besar dunia.

Sistem ekonomi kapitalis (perusahan bebas), sosialis (mengembalikan kuasa ekonomi dari Borjuis (kapitalis) kepada golongan Proliter (petani dan buruh), komunis (mengembalikan kuasa ekonomi kepada proliter secara demokrasi dan sederhana) tidak dapat menandingi sistem ekonomi Islam yang dikenali sebagai muamalat kerana ianya berdasarkan wahyu Ilahi bermatlamat mencari keredhaan Allah, meletakan harta hak mutlak Allah dan aktiviti perekonomian adalah ibadat.

Cerdik pandai dalam pelbagai bidang sedang menjenguk kepada kehebatan syariat Islam setelah teori-teori ciptaan barat sudah tidak dapat bertahan lagi. Islam membaiki kefasadan ini sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Saidina Umar yang sempat hidup di era jahiliyah dalam ucapannya yang terkenal :-

“ Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari selain daripada Islam untuk mendapatkan kemuliaan, nescaya kita mendapat kehinaan”

Abad ke-21 menyaksikan bagaimana kekuatan peradaban manusia dicabar oleh zaman. Kemusnahan blok Komunis dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya menjadi bukti bahawa ideologi yang tidak bertunjang kepada Islam akan berakhir dengan kegagalan. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan.

Dalam keadaan meraba-raba ini, kita mesti memberi keyakinan kepada dunia bahawa ubat yang paling mujarab untuk membaiki penyakit jahiliyah abad 21 ini hanya kembali kepada Islam. Firman Allah:

“Allah menjadi wali kepada orang-orang beriman dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan dan kekufuran, syak serta ragu-ragu kepada cahaya kebenaran yang jelas dan menerangkan dengan mudah dan senang. Sedangkan orang-orang kafir yang menjadi wali atau pelindung mereka adalah syaitan yang menghiasi mereka dengan kejahilan dan kesesatan. Mereka mengeluarkan orang-orang kafir dari jalan kebenaran kepada kekufuran dan pendustaan. Mereka itulah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya”.

3.0 MENILAI PERMASALAHAN

Perkara pertama yang mesti dilakukan dalam melaksanakan agenda perubahan ialah memahami permasalahan. Terdapat faktor luaran dan faktor dalaman yang menyebabkan adanya masalah dan halangan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perubahan. Justeru faktor-faktor ini patut dianalisa agar kita dapat merumuskan cara-cara penyelesaian yang terbaik dalam usaha melakukan perubahan untuk kemenangan Islam.
3.1 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Luaran.

Musuh-musuh Islam yang dipimpin oleh Amerika dan Yahudi bersama dengan North Atlantic Trity Organization (NATO) terus menerus menunjukkan permusuhannya ke atas umat Islam dengan melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Mereka berusaha menyemai perasaan benci masyarakat dunia kepada Islam dengan harapan Islam - yang semakin berkembang dengan pesat termasuklah dalam negara mereka sendiri - dapat disekat dan dihancurkan.

Dasar negara kita yang sekular dengan mengasingkan antara agama dengan kehidupan dunia terutamanya mengenai penyiaran dan hiburan merupakan punca kepada kebejatan sosial dan jenayah yang makin membarah pada hari ini. UMNO pula sebagai parti yang menganut faham liberal tidak berhenti daripada melebarkan kejahilan dan salah faham terhadap Islam dalam masyarakat.

Mereka sebagai golongan yang memerintah tidak berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam dan syariatnya bahkan mereka hanya memejamkan mata walaupun berlakunya kecelaruan dalam pelaksanaan undang-undang Islam yang diwartakan sendiri oleh mereka sebagaimana dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno di Pahang.

Demokrasi yang dilaksanakan kini penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Ciri-ciri demokrasi yang sebenar sudah tiada. Maklumat melalui media yang sepatutnya adil kepada semua pihak hanya menyiarkan maklumat untuk sebelah pihak sahaja. Jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya seolah-olah jentera tersebut bukan lagi milik kerajaan tetapi milik parti yang memerintah. Perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan disekat dengan memperalatkan pasukan keselamatan. Bahkan boleh kita katakan, aspek pelaksaan demokrasi oleh negara-negara bukan Islam yang memusuhi Islam lebih baik berbanding dengan negara kita yang diperintah oleh orang Islam sendiri.

3.2 Permasalahan yang disebabkan oleh Faktor Dalaman.

Kita telah menyaksikan perjalanan abad-abad silam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Semakin jauh kehidupan dengan Baginda semakin tercabarlah pula kehidupan umatnya. 14 abad telah berlalu. Gerakan dan parti Islam seperti PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan, melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa. Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya ;

Pertama : Adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?

Kedua : Adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah?

Ketiga : Adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawannya?

Persoalan-persoalan di atas memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan sekalian merasa kekurangan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan ini tetapi saya juga yakin bahawa tuan puan tidak merasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk berdepan dengan mereka yang menentang kita terutamanya musuh tradisi politik kita dari kalangan UMNO dan BN.

4.0 MENITI PERUBAHAN

4.1 Memahami Fikrah Perubahan

Islam sebagai addin yang sempurna menawarkan kepada seluruh manusia jaminan keselamatan di dunia dan di akhirat melalui suatu proses perubahan hidup dari jahiliyyah kepada Islam. Proses ini bermula dengan keyakinan seseorang bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T untuk menjadi hambaNya dan khalifahNya. Iaitu suatu proses perubahan yang menggarap dan menjawab persoalan besar manusia yang berakal; dari mana datangnya, kenapa berada di persada dunia ini dan ke mana akhirnya.

Sebagai agama yang syumul, Islam merupakan suatu sistem yang lengkap merangkumi hubungan hamba dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Ia dianuti dan dihayati sebagai sebuah cara hidup yang merangkumi pelbagai bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, pemikiran (falsafah), dan kesenian yang berpaksikan kepada aqidah tauhid. Adalah suatu tugas yang besar untuk menjayakan perubahan menyeluruh seperti ini. Namun, Rasulullah S.A.W telah diutuskan sebagai pelengkap dan penyudah kepada sekalian para nabi dan Rasul dengan membawa bimbingan ilahi, dengan wahyu al-Quran dan pimpinannya yang dipimpin terus oleh Allah SWT telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyyah Mekah dan Madinah serta sekitarnya meninggalkan sistem-sistem yang gasar seterusnya menggantikannya dengan sistem Islam.

Hari ini kita bercakap untuk berubah bagi kemenangan Islam. Kerana Islam mesti memimpin. Allah SWT telah memberikan panduannya yang nyata melalui ayat 11 surah al-Ra’d:“Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”

Kebanyakkan ulama yang mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan mendatangkan azab dan bala bencana melainkan manusia itu sendiri yang berubah daripada keimanan dan ketaatan kepada kekufuran dan kemaksiatan.

Al Ka’bi Rahimahullah berkata: ‘Sesungguhnya kesemua ayat menunjukkan bahawa Allah SWT tidak memulakan sesuatu azab dan bala’ bencana. Beliau mengemukakan beberapa ayat. Di antaranya ialah ayat di atas.

Qatadah ibnu Dua’mah, seorang tabi’in besar, salah seorang anak murid kepada Abdullah Ibnu Abbas berkata ‘Selepas membaca ayat tersebut: Sesungguhnya datangnya perubahan daripada manusia dan permudahan daripada Allah, maka janganlah kamu mengubah nikmat-nikmat Allah pada kamu’.

Ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan. Kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh. Akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

4.1.1 PAS mesti menjadi sebuah parti politik dan gerakan Islam yang disegani

Perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita. Keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam.

Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO kini semakin hampir kepada zaman kejatuhannya sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya contohnya Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana UMNO dan BN di Malaysia. Golongan yang jatuh ini akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat. Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu (government in waiting).

4.1.2 Jaminan hidup aman untuk generasi akan datang

Keruntuhan moral dan akhlak pada hari ini telah membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah dia kesan buruk yang diakibatkan oleh sistem pemerintahan yang tidak mengambil kira pelaksanaan syariat serta persoalan dosa dan pahala. Sekiranya perubahan yang kita inginkan itu berlaku iaitu dengan menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah, sudah pasti kehidupan yang aman dan sejahtera akan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

4.2 Menguruskan perubahan

Dengan menyedari hakikat kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa menyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan suatu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam.

4.2.1 Setiap ahli mesti menggabungkan diri dan berintima’ dalam saf perjuangan. Dengan intima’ ini kita menjadi orang-orang yang berjihad dan bukannya mereka yang duduk tanpa berjuang bahkan menunggu sambil melihat sahaja perkembangan yang berlaku seperti fiman Allah dalam surah As-Saff ayat ke-4. Seluruh kekuatan intelek dan sumber harta benda bahkan masa dan kelapangannya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan daya juang sebagai seorang muslim yang melaksanakan tanggungjawab fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

4.2.2 Keperluan PAS menguruskan agenda tarbiyyah dengan lebih mantap dan kesedaran sebenar ahli kepada kepentingan tarbiyyah harakiyyah dalam keimanan, keilmuan, kemasyarakatan dan kecergasan.

4.2.3 Peranan Organisasi PAS daripada atas hingga ke bawah dan peranan dewan-dewan (ulama’, Pemuda dan muslimat) serta sayap-sayap organisasi parti yang terdiri dari lajnah-lajnah semua peringkat hendaklah digaris pandukan pencapaiannya oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Latihan-latihan kepada petugas dilakukan secara terus menerus sementara kepentingan perkaderan pelapis diberikan perhatian. PAS juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang, agar mereka dapat membantu parti secara terus menerus atau apabila diperlukan.

4.2.4 Keperluan berdakwah ke seluruh negara dalam konteksnya yang munasabah bagi PAS. Orang Melayu sendiri perlu disedarkan dan dibimbing dengan ajaran Islam yang syumul. Mereka adalah mad’u yang terdekat dengan PAS.

4.2.5 Meningkatkan pengorbanan ahli dalam semua sudut (intelektual, harta, masa dan tenaga)

4.2.6 Membina pandangan umum yang baik melalui pembinaan imej seterusnya mengembalikan mood rakyat untuk menyokong PAS melalui program-program kemasyarakatan.

4.2.7 Memperluaskan penggunaan media baru

4.2.8 Merancang penguasaan gerakan PAS dalam masyarakat dan memikirkan cara-cara yang baik bagi memungkinkan PAS memimpin masyarakat.

4.2.9 Menguruskan badan-badan dan institusi-institusi parti seperti Nisa’, Waja dan PASTI.

4.2.10 Muda-mudi adalah harapan jamaah dalam melahirkan Generasi Rabbani. Mereka hendaklah dilihat dengan penuh kasih sayang dan dibimbing dengan hikmah dan kebijaksanaan. Sesungguhnya kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi untuk memimpin mereka dan menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk mereka. Dasar-dasar penyiaran, kebudayaan dan sukan; filem-filem yang ditayangkan, majalah-majalah dan lebih-lebih lagi pusat-pusat hiburan menjadi alat perniagaan yang penyakitnya membarah ke dalam masyarakat. Jenayah arak, dadah, persundalan, pergaulan bebas tanpa batasan agama dan budaya hidup berpeleseran adalah wajah muda-mudi hari ini. PAS mesti bertindak segera merubah suasana menyelamatkan generasi muda agar menjadi pewaris ummah dan tanah air pada masa hadapan.

4.2.11 Kewujudan kepimpinan pemuda PAS di peringkat negeri hingga cawangan adalah bagi menjamin kesinambungan perjuangan ini dan mengembangkan pengaruh Pas kepada orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang budaya. Kepimpinan pemuda mestilah berusaha melahirkan pemuda berilmu, beriman, berketerampilan dan kuat semangat. Meramaikan naqib muda bagi mengendalikan usrah remaja terutama dari kalangan anak-anak ahli Pas perlulah diagendakan supaya kewujudan keluarga muslim terbina dengan terancang. Aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang menjadi jambatan penghubung dengan warga muda perlu diurus dengan bijaksana tanpa melangkau batasan syariah.

4.3 Natijah Perubahan

Alhamdulillah, hasil daripada polisi memasyarakatkan PAS, Membangun Bersama Islam dan PAS untuk semua, kita telah berjaya memerintah pada tahun 1999 – 2004 dan seterusnya mengembangkan pengaruh PAS dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

Mari kita mengimbas sejenak hasil daripada perubahan yang berlaku untuk kita menilai kepentingan perjuangan kita bagi memenangkan Islam dan menjadikannya berkuasa ke atas negeri Terengganu Darul Iman.

4.3.1 Hasil daripada pemerintahan PAS / BA. Diantaranya ialah:

a) Perubahan ke arah Pelaksanaan Syariat lslam.

Kerajaan PAS / BA telah membuat perubahan ke arah pelaksanaan Syariat Islam kerana PAS yakin asas penting pegangan sesebuah pemerintahan ialah melaksanakan syariat Allah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda dan tujuh enakmen telah diluluskan. Pindaan perlembagaan negeri dibuat dengan meletakkan AI-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang dan rujukan tertinggi. Sementara enakmen yang diluluskan ialah enakmen, hisbah, enakmen pentadbiran hal-ehwal agama lslam (Terengganu) 1422H/ 2001 M), enakmen mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, enakmen kesalahan jenayah syariah(Takzir ) ( Terengganu) 2001 dan enakman tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Enakman kesalahan jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) Terengganu 1423H/ 2003 M).

b) Perubahan dan Pembangunan dalam Pentadbiran Kerajaan

Pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa bersama duduk semeja dengan Menteri Besar dan EXCO kerajaan bagi merangka dasar dan polisi kerajaan. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Begitu juga dengan dasar kewangan, amalan riba telah ditinggalkan. Pegawai dan kakitangan kerajaan diajak bersama-sama menjalankan tugas sebagai suatu ibadat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

c) Pembangunan ekonomi, Kebajikan dan pembahagian kekayaan adalah untuk rakyat.

Dasar-dasar pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pembangunan belia dan lain-lain telah dirangka. Walaupun tanpa royalti, projek-projek pembangunan berasaskan kepada sumber-sumber tempatan seperti sumber perkayuan, sumber mineral, pembangunan tanah untuk pertanian bahkan pembangunan rumah mampu milik dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan PAS juga melaksanakan kebajikan kepada rakyat dengan menganugerahkan tanah, menambah bantuan kebajikan, menambah bantuan imam bilal, cukai rumah kediaman dan tol juga telah dihapuskan dan lain-lain.

d) Pembangunan pendidikan dan dakwah Islamiyyah

Kita telah berjaya mengemukakan pelan pembangunan dan program pendidikan yang komprehensif daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Kita berbangga dengan program Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) sehingga kepada kerjasama KUSZA dengan universiti luar. Begitu juga dengan program tarbiyyah, dakwah, amar ma’ruf dan nahi mungkar serta Hisbah

4.3.2 Sebaliknya, natijah daripada kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-11 (2004) telah mendatangkan banyak kerosakan kepada negeri dan rakyat. Kenyataan ini boleh dilihat contohnya daripada aspek-aspek berikut;

a) Pentadbiran negeri menjadi terumbang-ambing apabila kakitangan kerajaan diintip dengan CCTV dan ditekan dengan pelbagai peraturan. Di peringkat kampung, amalan pilih kasih dan mengutamakan suku-sakat menjadi amalan biasa JKKK.


b) Keadaan akhlak generasi muda dan pelajar amat membimbangkan. Ramai pelajar yang terlibat dengan penagihan dadah (pil kuda) dan salah laku seks serta gejala sosial. Kejadian jenayah meningkat dan keruntuhan budi pekerti remaja, pemuda dan pemudi menjadi-jadi. Kegiatan ’menogok’ arak dan judi, telah mula menjadi ’nadi’ kehidupan kota Kuala Terengganu dan bandar-bandar lain

c) Pengurusan Ekonomi dan pembangunan negeri dimonopoli oleh kroni. Pengangguran meningkat, kemiskinan rakyat Terengganu kembali ke tangga utama, rakyat marhaen yang dibela, dianugerah tanah oleh kerajaan PAS, dirampas dan dihina.

d) Terengganu kehilangan pusat pendidikan agama dengan penutupan KUSZA. Anak-anak pintar dari jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran disekat bantuan dan biasiswa. Sedangkan anak-anak Exco mendapat bantuan biasiswa percuma. Dengan menyedari hakikat, betapa kuasa pemerintahan memainkan peranan untuk menegakkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar, maka usaha menguruskan perubahan dengan serius dan sistematik mestilah diambil sebagai kewajipan yang sebenar-benarnya di semua peringkat. InsyaAllah, setiap kita yang hadir di dalam perhimpunan ini mampu menjawab bagaimana melaksanakannya.

Marilah kita bercita-cita melakukan perubahan untuk kemenangan Islam agar suasana seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W kembali ke Negeri Terengganu Darul Iman:

“Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang yang berjalan dari Sana’ ke Hadharal Maut, tidak merasa takut melainkan kepada Allah dan hanya bimbang kepada serigala yang akan menangkap kambingnya.”

5.0 PENUTUP

Adalah menjadi tanggungjawab kita disemua peringkat meletakan diri kita berdasarkan kelebihan dan kepakaran masing-masing yang dikurniakan oleh Allah untuk sama-sama merapatkan saf perjuangan serta menjana kekuatan parti dan menempatkannya di persada dunia: bersaing dalam arena politik bagi menguasai Malaysia Negara tercinta. Sesungguhnya kita semua adalah mujahidin Ummah. Kita mesti bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita murni ini. Kenapa tidak?... Allah telah menjamin bahawa kemenangan ini bersama-sama kita seperti yang termaktub di dalam firmannya:

“ Adalah menjadi hak Kami membantu orang-orang yang beriman”

Justeru itu, berusahalah melaksanakan segala perintahNya pada setiap masa, berjuang untuk melaksanakan perintahNya yang belum dilaksanakan lagi dan meninggalkan segala laranganNya. Dia memerintahkan kita untuk mencari jalan bagi mencapai kemenangan Islam. Kita memilih perjuangan secara damai (pilihan raya) sebagai wasilah untuk mendapatkan kekuasaan bagi melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Kita memohon kepadaNya agar terus istiqamah berjuang menegakkan agama ini, walau apapun mehnah dan fitnah kerana jaminannya:

“Sekiranya engkau menolong Agama Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki kamu”

InsyaAllah kita akan terus memacu kehadapan dengan penuh izzah dan taqwa kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan Allah serta syurgaNya. Samada kita mencapai kemenangan, atau kita syahid di jalannya.

Akhirnya dengan lafaz saya rasmikan ijtima Kepimpinan Negeri Terengganu kali ke 13 dan saya doakan ijtima’ ini mendapat keberkatan sepanjang perjalanannya.

Khamis, 15 Oktober 2009

Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah

TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.

"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.

Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Teruskan Perjuangan Jentera PAS Perak


• Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak bersama-sama seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri Perak dari semua peringkat, samada JPN, Kawasan, Cawangan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

• Bagi PAS negeri Perak saya mengharapkan dengan keputusan PRK DUN Bagan Pinang tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Ingatlah kita akan Firman Allah SWT:

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

• Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.
Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Rabu, 14 Oktober 2009

BAGAN PINANG, ‘PAS AKAN POST MORTEM'

PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang. Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan

“Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek ? politik tempatan dan nasional ? untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

“Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan,” jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri hari ini.

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

“Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

“PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN. Hakikatnya ialah kita menyertai pilihan raya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan,” jelasnya lagi.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua pengundi kerana masih lagi memberikan kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya berkenaan.

“Walau apapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihan raya kecil ini,”katanya

KEPUTUSAN TERPERINCI N.31 BAGAN PINANG

Kemenangan besar BN di Bagan Pinang, memberi isyarat kepada UMNO agar mereka tidak perlu berubah. Dengan keputusan yang ditunjukkan di Bagan Pinang, ini bermakna UMNO sudah kembali diterima rakyat.

Manakala jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. Maklumat sebenar kekalahan akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi. Keputusan ini juga bermakna rakyat tidak kisah jika seseorang pemimpin terlibat dengan rasuah sepertimana apa yang telah disebut oleh Tan Seri Isa Samad kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah.

Berikut adalah keputusan penuh untuk dianalia oleh semua pihak.

( sila klik gambar untuk besarkan)

Khamis, 2 Julai 2009

Merdekakan ekonomi negara!

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS- Marang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika.

Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah. Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas.

Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa. Jelasnya, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis yang mana mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku.

"Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan. "Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,"katanya.

Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara.

Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan seruan agama Allah dalam apa jua perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya melibatkan dasar-dasar dan ketentuan hukum agama.

Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas. Demikian kata penceramah dalam kuliah bulanan pejabat Harakah, yang disampaikan oleh Ustaz Amran Talib kepada warga kerja media itu yang hadir tengah hari tadi.

"Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada perundingan dan perbincangan dibuat oleh golongan Bani Saqif daripada Taif dengan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut pelbagai syarat sebelum memeluk agama Islam.

"Antarannya mereka mahu meminum arak, berzina, makan riba dan menyimpan berhala disayangi walaupun setelah memeluk Islam namun secara terang, tegas dan jelas Nabi Muhammad tidak membenarkan kerana ianya melanggar asas dan hukum agama yang diperintah oleh Allah SWT," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Akhirnya, walaupun Nabi menolak syarart-syarat mereka, namun Bani Saqif yang terkenal sebagai golongan bijak pandai itu mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pemerintah Islam. "Dalam dakwah, ada masa kita berlembut dan ada masanya kita mesti tegas jika libatkan dasar. Justeru, tuan-tuan jangan bimbang, berdakwahlah nescaya Allah akan bantu dan memberi hidayah," katanya merujuk kisah seorang pendita yang berdialog dengan hanya seorang pengembala kambing berhubung dengan soal keimanan.

Lebih menarik, kisah yang berlaku selepas kerajaan khalifah Abbasiyah itu menyaksikan dialog di antara keduanya, hanya menggunakan bahasa isyarat dan akhirnya pendita itu memeluk Islam dan berjanji akan menyeru kaumnya juga untuk melakukan hal yang sama, kata Amran.

"Jika Allah berkehendak dan memberi bantuan, orang biasa seperti pengembala kambing pun boleh membuatkan seoarang pendita yang arif hal agama juga memeluk agama Islam. Maka berdoa-doalah bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi yang berlaku, insya-allah Allah akan membantu kita," katanya dalam kuliah 45 minit itu.

Nik Aziz hantar surat pelawaan debat kepada Najib hari ini

KOTA BHARU, 2 Julai ? Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri.

Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi.

Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam. Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata.

"Jauh dari segi maudhu' ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. "Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Umno juga turut sesat," soalnya

Menurutnya seperti yang sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga katanya debat antara calon-calon Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta antara regu Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla berpasangan Wiranto.

"Jika di Eropah dan negara negara demokrasi lain debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata, maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah?

"Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima," katanya. Sabtu lalu Menteri Besar Kelantan itu mencadangkan diadakan debat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan sejauh mana perjuangan Umno tidak menyimpang dari agama.

Bagaimanapun ramai pemimpin Umno termasuk dua mantan perdana menteri menasihatkan Najib tidak melayan pelawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kemudian beberapa hari selepas itu Najib membuat kenyataan tidak menerima debat tersebut. Menteri Besar Kelantan menjelaskan demokrasi yang sekular tidak pedulikan masalah aqidah. Persoalannya ialah istilah agama dan bukannya isu perlembagaan atau undang-undang.

Isu debat timbul ekoran pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyifatkan Umno lebih kurang sama dengan ajaran Ayah Pin kerana menolak agama dalam perjuangan.

Isnin, 8 Jun 2009

KEPIMPINAN PAS PUSAT 2009 / 2011

PRESIDEN PAS
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG
_____________________________________________

TIMBALAN PRESIDEN PAS
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
____________________________________________

NAIB - NAIB PRESIDEN PAS
DATO' TUAN GURU TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SALAHUDIN AYUB


TUAN HJ MAHFUZ OMAR

RAYUAN BANGUNAN FISABILILLAH SEDEKAH JARIAH MTD RU RENDANG

Assaamualaikum Wrt. Wbt.... Saudara/i muslimin dan muslimat sekelian...

Parti Islam SeMalaysia (PAS) MTD Ru Rendang sedang membina sebuah bangunan pentadbiran yang akan menempatkan :

a) Pejabat Wakil Rakyat Dun Ru Rendang (Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Presiden PAS)

b) Pejabat Pentadbiran PAS MTD Ru Rendang

c) Pejabat Pentadbiran Muslimat PASDun Ru Rendang

d) Pejabat Pentadbiran Pemuda PAS Dun Ru Rendang

e) Bilik Mesyuarat

f) Dewan Seminar

g) Tiga Pintu Lot Kedai untuk disewa di tingkat bawah.

Apabila siapnya bangunan tersebut ianya akan kelihatan seperti lakaran artis di dibawah ,Insya Allah. Gambar kemajuan pembinaan akan diupdatekan dari masa ke masa.Sumbangan derma fisabilillah, sedeqah jariah bolehlah diberikan melalui pejabat PAS DUN Ru Rendang yang beralamat di :

C35 Kg. Kijing 21600 Marang Terengganu, No Telefon / Fax : 09-6181370, 0163114141 (Saudara Wahad Osman - Setiausaha) atau 013-9584655 (Saudara Mohd Affendi Musa- Setiausaha Kerja).
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Akaun MBB Islamic atas nama "WNZ Purnama Enterprise" iaitu akaun jawatankuasa pemegang amanah bagi menguruskan kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut. Samada melalui cara manual bank-in, online bank-in (transfer), deposit melalui mesin cash deposit atau tuliskan cek atas nama "WNZ Purnama Enterprise"Akaun MBB Islamic No. 563064116711

E-mail address : mtdrurendang@gmail.com

Sumbangan saudara/i muslimin dan muslimat kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah SWT jua.





Khamis, 4 Jun 2009

Keputusan pemilihan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

Pengerusi Jawatankuasa pemilihan, Ustaz Hasan Syukri telah mengumumkan senarai kepimpinan Pemuda PAS sesi 2009 - 2011. Keputusan adalah seperti yang berikut :
KETUA PEMUDA PUSAT
UST NASRUDIN HASSAN TANTOWI
________________________________

TIMBALAN KETUA PEMUDA PUSAT
UST AZMAN SYAFAWI BIN ABD RANI

Naib Ketua Pemuda : Sdr Sabki Yusuf

Exco pemuda

1. Ust Riduan Md Nor
2. Ust Nik Mohd Abduh Nik Abd Aziz
3. YB Mohd Firdaus Jaafar
4. Ust Hj Mohd Nazri Chik
5. Sdr Suhaizan Kaiat
6. YB. Ust Nasir Zakaria
7. Ust Kamal Ashari
8. Sdr Kamaruzaman Mohamad
9. Sdr Khairul Faizi
10. Sdr Mohd Adram Musa
11. Abdullah Abd Karim
12. Dr Raja Ahmad Raja Iskandar

Mantapkan jati diri dengan ilmu - Ketua Ulamak

KUALA LUMPUR - Ulamak diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan alam parti dan negara.

Menurut Ketua Dewan ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48. "Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulamak adalah berbeza antara satu sama lain. "Kemampuan ilmu yang dimiliki ulamak adalah tidak sama," ujarnya. Namun,beliau tetap menekankan agar para ulamak sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan.

Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulamak dalam PAS dipinggirkan. "Dalam PAS tiada masalah ulamak dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulamak sendiri," katanya lagi. Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulamak pelapis hendaklah diperkasakan.

"Saya menyatakan bahawa ulamak pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya.

Ulamak lulus usul jawatan presiden, timbalan dan salah satu naib presiden untuk ulamak

SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48 menerima sebulat suara usul untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulamak dalam menerajui jawatan parti dengan jawatan Presiden, Timbalan dan salah seorang naib presiden terdiri daripada kalangan ulamak.

Usul tersebut dikemukakan oleh dewan Ulamak PAs Terengganu selain dua usul yang diterima tanpa perbahasan dari Dewan Ulamak PAS Kelantan. "Memandangkan para ulamak banyak memegang peranan sebagai pemimpin dan mengembangkan PAS ke seluruh tanah air sehingga PAS bukan sahaja diterima oleh orang Islam dan bukan Islam tetapi juga di persada antarabangsa," katanya.

Ulamak juga ujarnya sentiasa memimpin perubahan berlandaskan siyasah syar'iyyah. "ia adalah bertunjangkan kepada usul kepimpinan ulamak yang diterima dalam muktamar PAS kali ke23 yang berlangsung pada 29 April 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur," ujarnya.

Usul tersebut yang sebelum ini pernah dibincangkan itu, turut disokong oleh Dewan Ulamak PAS Selangor. Sementara itu, usul daripada Dewan Ulamak PAS Kelantan yang diterima tanpa perbahasan ialah mengesyorkan supaya diperuntukkan cuti bergaji penuh kepada isteri-isteri yang bekerja dengan kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan persekutuan walaupun selepas bersalin anak kelima.

"Selain itu Dewan Ulamak PAS Kelantan juga mencadangkan agar Dewan Ulamak PAS dan negeri supaya mengadakan buletin khas versi kefahaman Islam untuk diedarkan ke seluruh negara kepada ahli dan penyokong Pakatan rakyat khususnya untuk non muslim supaya mereka tidak disesatkan oleh BN dalam memahami Islam," demikian ujarnya.

Gagasan Ukhuwah perlu dimantapkan di kalangan Ulamak

SHAH ALAM, 4 Jun - Dalam usaha untuk memantapkan kepimpinan Ulamak, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak terutamanya para Ulamak untuk meningkatkan kefahaman terhadap prinsip ukhuwah dalam berjemaah.Prinsip yang telah sedia diamalkan oleh kita terutamanya, para Ulamak dan pendokongnya perlu disebarluaskan.

Demikian ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-48 di Muzium Shah Alam pagi ini. "Penekanan tentang Ukhuwah sangat penting bagi menyatukan wehdatul fikr di kalangan Ulama," katanya. Oleh yang demikian ujarnya, perdamaian dari pertelingkahan di kalangan mayarakat juga perlu dipertingkatkan.


Menurut pandangan Ust Daud, terdapat tiga isu utama yang dikemukakan oleh Allah s.w.t. "Ia bukan sahaja memberikan fokus tentang orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.Tetapi menekankan kepada bahagian kedua dari ayat itu yang menjadi tujuan utama ukhuwah iaitu hendaklah melakukan islah antara sesama mereka dan bahagian ketiga menyeru agar sentiasa bertaqwa kepaa Allah s.w.t.," ujarnya.

Beliau memetik pandangan Dr Wahbah Al-Zuhaily dalam tafsir Al-Munir menyebutkan bahawa terdapat beberapa perkara pokok yang dibincangkan dalam ayat ini. "Ayat ini mempunyai kaitan dengan sebelumnya iaitu ayat 9 Surah Al-Hujarat yang meminta umat Islam melakukan islah kepada dua kumpulan yang berperang atau bergaduh," jelasnya.

Sehubungan dengan perkara ini, Ketua Dewan Ulama menekankan agar ukhuwah yang terbina antara ahli bersifat teguh supaya unsur-unsur luaran terutamanya yang dilakukan oleh musuh kita dapat ditangkis bilamana ukhuwah ini mantap dengan berpegang kepada tali Allah taala.

Rata-rata yang menghadiri muktamar tahunan pada kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan ulamak muda di kalangan Ulamak muda di kalangan pemuda-pemuda Islam dan para pemudi.

Belum terlambat terapkan Islam - Ketua Ulamak Pusat

SHAH ALAM, 4 Jun - Tempoh setahun yang dilalui sudah cukup memberikan kefahaman kepada PAS untuk terus bergerak dengan lebih perkasa, keyakinan yang lebih tinggi, kebijaksanaan yang lebih matang untuk meneruskan amanah yang diberikan, sesuai dengan janji dan manifesto pilihan raya yang dilafazkan semasa berkempen secara jamaie atas tiket PAS dan Pakatan Rakyat.


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi berkata walaupun terdapat antara ahli dan penyokong PAS menyatakan rasa tidak sabar mereka terhadap perlaksanaan dasar Islam dalam pemerintahan di negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, ianya akan tetap dilaksanakan kerana masih belum terlambat.
"PAS Pusat telah membentuk Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pihak yang akan membantu PAS di peringkat negeri melaksanakan Islam dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian setempat tidak dapat dinafikan suasana antara negeri-negeri di Malaysia agak berbeza sesuai dengan ciri-ciri Islam yang murunah atau fleksibel,

" ujarnya dalam ucapan Dasar Ketua Dewan Ulamak pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-48 hari ini.Ujarnya lagi, kadang-kadang sesetengah daripada ahli dan aktivis PAS lupa yang PAS menjadi kerajaan dan bukan lagi pembangkang, walaupun begitu masih mempunyai bidang kuasa kita terhad, bukannya bebas.

"walau apapun alasan dan niat kita, kita masih belum terlambat untuk menyusun semula pentadbiran negeri di bawah kekuasaan kita dengan landasan yang lebih jelas, penyusunan secara lebih tertib dan mengikut awlawiyat,"sehingga para penyokong dan ahli kita tahu ke mana hendak dibawa kerajaan kita, bila akan tercapai cita-cita Islam yang kita bawa, mengapa perkara tertentu tidak dapat dilaksanakan dan seterusnya," demikian ujarnya.

Rabu, 20 Mei 2009

KEPIMPINAN PAS KAWASAN-KAWASAN 2009 / 2011

Senarai penjawat utama bagi setiap PAS Kawasan adalah seperti berikut:-

BESUT:

Yang Dipertua: Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Timbalan Yang Dipertua: Haji Mohd Hassan Salleh
Naib Yang Dipertua: Ustaz Adam Mat Said
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Zin Hassan
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohd Zulkifli Abd Kadir
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Napisah Ismail

SETIU:

Yang Dipertua: Ustaz Mohd Pauzi Muda
Timbalan Yang Dipertua: Tengku Ahmad Tengku Husain
Naib Yang Dipertua: Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hasbullah Mat
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohamad Nazari Alias
Ketua Dewan Muslimat: Wan Ramlah Wan Abd Rahman

KUALA NERUS:

Yang Dipertua: Ustaz Abu Bakar Abdullah
Timbalan Yang Dipertua: M. Shukrimun Shamsudin
Naib Yang Dipertua: YB Dr Alias Razak
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ismail Che Dagang
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ridzuan Hashim
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Tengku Aminah Tengku Alias

KUALA TERENGGANU:

Yang Dipertua: YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Yang Dipertua: YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar
Naib Yang Dipertua: Ustaz Ariffin Deraman
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hamzah Ngah
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ahmad Kamal Ali
Ketua Dewan Muslimat: Shamsiah Abu Bakar

MARANG:

Yang Dipertua: Haji Yahaya Ali
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ahmad Maarof Ismail
Naib Yang Dipertua: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hashim Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Zarani Othman

HULU TERENGGANU:

Yang Dipertua: YB Dato' Harun Taib
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ismail Osman
Naib Yang Dipertua: Ustaz Mohd Razki Alias
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Jusoh Othman
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Hamazah Mohd Latif
Ketua Dewan Muslimat: To' Puan Fatimah Ibrahim

DUNGUN:

Yang Dipertua: YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Saiful Bahri Mamat
Naib Yang Dipertua: Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Suhaimi Daud
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Jamaluddin Jusoh
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Khairiah Mokti

KEMAMAN:

Yang Dipertua: Haji Ismail Harun
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Alias Hamid
Naib Yang Dipertua: Ustaz Hazri Jusoh
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ali Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Rohasni Husain

Sabtu, 9 Mei 2009

KESABARAN ADA BATASNYA - AMARAN PRESIDEN

KUALA NERUS - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kesabaran PAS ada batasnya. Beliau berkata krisis yang berlaku di negeri Perak adalah langkah UMNO/BN yang salah sejak daripada awal lagi.

"Lalu hendak betul(kan) yang salah dengan tangkap orang, itu tidak betul. Apa yang berlaku ialah ‘mencabul' Perlembagaan dan ‘mencabul' demokrasi, "krisis politik yang berlaku di negeri Perak ternyata telah melanggar Undang-undang dan Perlembagaan,

"amalan demokrasi pula cuba dipermainkan dan ‘dicabuli' oleh pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ‘gilakan' kuasa,"tegasnya ketika mengulas penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.Katanya BN sepatutnya belajar dari sejarah di zaman Tunku Abdul Rahman sewaktu Perikatan memerintah negara.

Sewaktu kerajaan Tunku hendak menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu, katanya, Tunku mengambil langkah melalui Dewan Undangan Negeri (DUN). Kali pertama cubaan Tunku tidak berjaya kerana menurutnya, PAS mempunyai majoriti mudah (simple majority) 11 kerusi iaitu tujuh parti Perikatan dan empat parti Negara.

"Parti Negara tidak menyokong Perikatan dan diambil langkah yang kedua sehinggalah berjaya ‘membeli' Speaker (Yang DiPertua DUN), membeli wakil-wakil rakyat parti Negara, beberapa orang wakil rakyat PAS melalui politik wang waktu itu,

"maka, berlakulah proses undi tidak percaya walau pun politik wang itu suatu tindakan yang salah tetapi proses undi tidak percaya berlaku mengikut Perlembagaan dan Undang-undang,"jelasnya pada sidang media selepas melancarkan Laman Web Buletin Pendidikan PAS Pusat dan Dana Masjid di Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, di Kampung Tok Jiring, semalam. (gambar kanan)

Menyentuh isu berhubung siapa yang layak menerajui PAS, beliau menyifatkan ia adalah satu isu lama yang dimainkan oleh pihak media setiap kali menjelang muktamar PAS sejak tahun 50-an dan 60-an.

Katanya PAS tidak akan tergugat dengan isu tersebut kerana PAS sentiasa konsisten dalam pentadbiran parti dengan mengamalkan semangat syura. Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada anggota parti bagi memilih Presiden dan Timbalan Presiden kerana jawatan itu dilantik pada muktamar agung PAS.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahan jawatannya jika ada pertandingan merebut kedudukan itu, beliau berkata: "kita lihat keputusan mesyuarat agung tahunan." "Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan atas perkara yang tidak diketahui lagi. Selepas keputusan itu diketahui, tahulah apa saya nak buat," katanya.

Jumaat, 24 April 2009

KERJA - KERJA BODOH dalam PAS

Saya terbaca satu artikal baru dalam blog Ust Nik Abduh yang ditulis beliau sendiri. Ikuti ceritanya yang mengisahkan "Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS" Artikel yang cukup bernas ini. merungkai segala kecelaruan yang berserabut dalam kepala ahli pas sejak akhir - akhir ini.

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan! Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih? Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Selesaikan Pergolakan Politik Segera, Kata Tengku Seri Paduka Raja

KUALA TERENGGANU – Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail berharap agar pergolakan politik yang berlaku di negeri Terengganu dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik.Beliau yang merupakan enam orang bergelar Istana Terengganu menyeru supaya kerajaan khususnya para wakil rakyat menumpukan masa dan tenaga untuk menolong rakyat dari segi pembangunan.

Beliau turut menyatakan kesal dan malu dengan apa yang berlaku kepada parti pemerintah UMNO dan Barisan Nasional Terengganu. (Gambar - turut menyumbang.... wakil dari Kakitangan Sabasun Hyperruncit menyampaikan hasil kutipan mereka kepada Tengku Seri Paduka Raja (tengah) diringin oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hj Hussin Ismail (kanan) “Sebagai orang Terengganu saya rasa malu (dengan apa yang telah berlaku),”katanya selepas majlis penyerahan Sumbangan Derma Untuk Palestin di Terengganu Equestrian Resort, disini, semalam.
Sementara itu, beliau melahirkan rasa bangga dengan rakyat Terengganu yang telah memberikan sumbangan begitu banyak untuj tujuan murni membantu saudara-sauadara di Palestin

“Saya rasa bangga dengan kutipan yang begitu banyak dengan tujuan murni membantu saudara-saudara di Palestin,“saya juga juga bangga dan terima kasih kepada semua NGO yang begitu banyak memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit sehingga dapat mengumpulkan dana lebih dari RM300,000,”katanya dalam kepada pihak media selepas menutup Rayuan Gaza Palestin ‘Bantulah Mereka’ dianjurkan bersama oleh Yayasan Amal Malaysia dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Beliau yang juga Penasihat Mampat bagaimanapun masih merasa kesal dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang tidak memberi kebenaran menggunakan kemudahan Padang Astaka untuk tujuan amal Palestin. Pada 17 Februari lalu, beliau menyeru kepada pegawai-pegawai MPD yang membatalkan permit penggunaan padang tersebut supaya bertaubat kerana menghalang umat Islam membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

Mengulas lanjut pergolakan politik Terengganu beliau berpendapat adalah tidak munasabah dan tidak sepatutnya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

“Sepatutnya mereka (ADUN BN) lebih tahu apa yang berlaku dan (mereka) mestilah dibuat pembetulan dalaman mereka supaya diperbaiki pergolakan poltik ini,”“Saya harapa Menteri Besar, Dato Ahmad Said supaya ketepikan apa jua masalah, panggil mereka duduk semeja untuk berbincang dan menyelesaikan masalah,”ujarnya.