Selasa, 30 Disember 2008

Calon-calon Bebas tidak jejaskan peluang PAS

KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Hrkh)- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berpendapat calon-calon Bebas yang akan turut serta bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (P036) Kuala Terengganu ini tidak menjejaskan peluang PAS memenangi kerusi parlimen tersebut.

Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata Pemuda PAS akan memastikan kehadiran calon-calon Bebas dalam pilihan raya kecil ini tidak menjejaskan peluang PAS memenanginya.

Kita tidak nampak kehadiran calon-calon Bebas itu boleh mempengaruhi undi kepada calon PAS nanti.

"Umumnya, pertandingan ini jelas antara PAS dan Umno-Barisan Nasional. Pemuda PAS akan pastikan setiap undi berpihak kepada PAS," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

Katanya, jentera Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat akan 'berkampung' di Kuala Terengganu bagi membantu melincinkan perjalanan jentera parti.

Menurutnya, setiap petugas yang dihantar mempunyai peranan masing-masing dalam bidang-bidang tertentu mengikut arahan kepimpinan parti.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat menaruh keyakinan calon PAS boleh memenangi kerusi tersebut berdasarkan kehendak di peringkat akar umbi dan pengundinya.

"Kita sedang mengenalpasti dan menyiapkan penempatan untuk petugas-petugas kita dengan mempergiatkan usaha kempen dari rumah ke rumah," ujarnya.

Menurutnya, pendekatan berhemah, memujuk dan merayu akan dilaksanakan bagi meraih sokongan para pengundi yang benar-benar mahukan perubahan.

Isnin, 29 Disember 2008

Salam Ma’al Hijrah 1430 H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah kepada semua umat Islam daripada Pemuda Cawangan Kg Baru Rhu Muda. Mari kita bermuhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lalu. Semoga tahun baru yang akan datang ini akan membawa perubahan yang lebih baik kepada diri kita.

PAS FOR ALL

Jumaat, 26 Disember 2008

SEKITAR MUKHAYAM REMAJA ISLAM DI RHU RENDANG

sape ni ?? mcm tak siuman jee..


juara akademi nasyid TV9 sedang bagi motivasi kpd pesetta

antara peserta muslimat yang mengambil bahagian

anta peserta lelaki sedang khusyuk mendengar moivasi Azhan Atan

Anak sape ni ??

Antara fesi yang terlibat

Ust Abu Bakar ketika perasmian penutup
Ketua Pemuda DUN Rhu Rendang (Penasihat Program)

Tokoh Maal Hijrah


suasana ketika ucapan penutup

Selasa, 23 Disember 2008

AYUH !!! DATANG BERAMAI-RAMAI AHLI WAJA MARANG

MOTIVASI REMAJA MARANG (SLOT MUHASABAH)
BERSAMA IBU BAPA

jemput kepada semua ahli waja marang datang meraikan motivasi ini


program bermula pada :-


- 7.00 mlm solat Maghrib berjemaah


- 7.30 mlm Solat Hajat , Zikir Munajat & Bacaan Yasin


- 8.15 mlm Isyak berjemaah


- 9.00 mlm Motivasi "Remaja Akhir Zaman" & Maal
Hijrah bersama ibu bapa oleh Azhan Atan


- 11.00 mlm Bersurai ( kecuali Waja Dun Rhu Rendang)


semua dijemput hadir beramai-ramai.....

Sabtu, 13 Disember 2008

Jentera PRK Kuala Terengganu Dilancarkan - PAS Tidak Harap Kelemahan Musuh Untuk Menang

Kuala Terengganu - Para petugas dan ahli PAS diberi peringatan agar tidak mengharapkan kemenangan parti dari kelemahan musuh sebaliknya mendapatkan kemenangan dari kekuatan parti sendiri.
Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, semalam.
“Pilihan raya adalah suatu perlumbaan. Kita (PAS) usah mencari kemenangan dari kelemahan ‘musuh’ tetapi dapatkan kemenangan itu hasil dari kekuatan diri kita (parti) sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata PAS perlu menggunakan pendekatan kempen yang cermat bagi memenangi hati rakyat dalam usaha mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini.
Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu mengingatkan jentera parti agar tidak bersikap kasar dan keras terhadap pengundi sepanjang kempen tersebut.
“Kita (PAS) perlu memenangi hati manusia dengan pendekatan yang berhemah dan cermat. Hati-hati manusia tidaklah sekeras ‘batu’ dan boleh menerima perubahan.
“Cara kasar dan ‘keras’ tidak sesuai dan hendaklah dijauhkan dalam kempen-kempen kita (PAS),” ujarnya dihadapan 500 orang para petugas PAS.
Katanya, pendekatan parti kali ini mahukan para pengundi dan rakyat di negeri ini merasa yakin kepada PAS dengan penampilan akhlak yang baik.
Justeru menurutnya, PAS menyertai pilihan raya kecil kali ini dengan tekad mencapai kemenangan kerusi Parlimen tersebut dengan cemerlang.
Katanya, kemenangan PAS adalah amat penting bagi menambahkan lagi satu suara rakyat di Parlimen dan dapat memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali serta kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Dr. Abdul Manaf dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing. - buletinonline

Khamis, 11 Disember 2008

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.
Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. - harakahdaily

Muslimat PAS santuni mangsa tanah runtuh

BUKIT ANTARABANGSA, 11 Dis (Hrkh) - Dalam usaha membantu mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh, khususnya mereka yang terperangkap, Muslimat PAS Pusat turut serta menyantuni dan menunjukkan sikap prihatin mereka.
Ketua Penerangan Muslimat PAS, Athirah Aiman serta beberapa serikandi muda turun ke lokasi kejadian, turut serta bersama AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap penduduk yang terperangkap.

Menurut Athirah,terdapat beberapa bantuan yang disalurkan pihak mereka, khususnya kepada penduduk yang terperangkap di Kondo Atheneum.

"Kami membantu urusan kelancaran lalu lintas, menyelaraskan bantuan makanan dan minuman daripada Ahli Parlimen Ampang,kemudiannya diagihkan kepada penghuni yang masih terperangkap," kata beliau yang jelas bersimpati kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh tersebut.

Selain itu, kata Athirah pihak muslimat turut membantu mengangkut para penduduk dan barangan mereka menggunakan kenderaan shuttle MP Ampang dan Titiwangsa.

Menyedari suasana muram yang dihadapi para mangsa, Athirah berkata pihaknya turut menawarkan segala bantuan dan khidmat yang diperlukan, termasuklah proses melegakan emosi para penduduk secara 'direct counseling' kepada penduduk yang lalu lalang untuk mengambil barangan mereka.

Kata Athirah, kejadian ini turut memberi kesan yang besar kepadanya hingga menyebabkan beliau tidak dapat memejamkan mata setelah meninjau sendiri keadaan di tempat kejadian, semalam.

"Perasaan melihat warga sendiri menghadapi bencana tidak sama dengan melihat warga lain yang menghadapi masalah. Saya pernah terlibat dalam kerja-kerja di luar negara, namun perasaan tersebut tidak sama," luah beliau.

Justeru, kata beliau pihaknya akan sentiasa bersiap sedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan pertolongan, khususnya membabitkan penduduk Bukit Antarabangsa ini. -
harakahdaily

Datuk Bandar Marawi beri layanan istimewa

MARAWI CITY, 11 Dis (Hrkh) - Para anggota misi kemanusiaan yang turut disertai wartawan Harakahdaily dihargai semalam apabila Datuk Bandar Marawi City mengalu-alukan ketibaan kami.
Malah, lebih menyentuh hati,kami diberikan layanan ibarat VIP sehingga diiringi oleh pihak polis sepanjang perjalanan di bandar tersebut.

Walaupun mengetahui pengiringan tersebut lebih atas dasar keselamatan,namun tumpuan dan keperihatinan yang diberikan oleh Datuk Bandar jelas menampakkan rasa penghargaan atas misi yang dibawa oleh kami.

Semalam, anggota misi berada di dua lokasi iaitu di bandar Marawi dengan melakukan sembelihan korban dan membuat persembahan nasyid oleh Juara Akademi Nasyid,Azhan. Persembahan Azhan di bandar Marawi mendapat sambutan ramai dan tepukan gemuruh daripada para penonton.

Setelah itu, anggota misi bergerak ke hospital di bandar tersebut untuk melihat dengan lebih dekat mangsa-mangsa peperangan serta mendapat taklimat serba ringkas daripada pihak hospital.

Kebetulan, ketika di sana, pihak hospital yang sedang membuat kursus induksi untuk lebih 200 jururawat dan stafnya telah menjemput Azhan untuk membuat persembahan.

Dalam majlis tersebut anggota misi kemanusiaan telah diberikan layanan baik oleh semua.
Sebanyak 10 ekor lembu dan 30 ekor kambing telah dikorbankan semalam.

Sementara itu, perjalanan kami ke bandar Kagayan telah mengambil masa lebih 3 jam. Sepanjang perjalanan kami diberikan kawalan ketat. Malah, di kawasan Hotel Kagayan juga kami turut diberikan kawalan ketat oleh pihak polis. - harakahdaily

Rabu, 10 Disember 2008

Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari kelak.
Anwar, yang juga penasihat KeADILan, berkata Kuala Terengganu bukan merupakan kerusi yang selamat bagi mana-mana parti dan Pakatan Rakyat akan berusaha keras untuk memenangi kerusi itu.

"KeADILan dan DAP telah memutuskan untuk memberikan komitmen penuh kepada calon PAS sama ada Mohammad Sabu yang amat berpengalaman atau calon lain yang dipilih untuk bertanding di Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan harijadi ke-56 isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Yayasan Aman,Penanti semalam.

Katanya, Pakatan Rakyat yakin dapat memenangi kerusi itu yang kosong selepas
penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton pada 28 Nov.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun ini, Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas Maimun Yusuf, 89, dalam pertandingan tiga penjuru.

Selain itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menggesa kerajaan persekutuan menubuhkan panel pakar bebas untuk mengkaji punca kejadian Highland Towers yang runtuh pada 1993 dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas. - harakahdaily

Perkasakan ekonomi negeri Pakatan Rakyat - Husam

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) -Kerajaan Kelantan mencadangkan beberapa inisiatif strategik bagi memperkasakan kedudukan ekonomi negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Langkah ini adalah sebagai pencetus kepada pembentukan suatu persepakatan ekonomi yang formal di antara negeri-negeri tersebut sebagai suatu langkah utama menghadapi cabaran-cabaran semasa samada ddari dalam atau dari luar negara.

Ketika membentangkan cadangan ini di dalam forum antarabangsa "The New Economic Vision for Penang and Malaysia" di Pulau Pinang baru-baru ini, Dato' Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sudah sampai masanya negeri-negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat menterjemahkan kesepakatan politik mereka kepada inisiatif-inisiatif yang "tangible" dan yang memberikan kesan langsung kepada kebajikan rakyat-rakyat di bawah naungan Kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.

Forum dua hari itu dianjurkan oleh InvestPenang dengan kerjasama Penang Development Corporation (PDC). Turut hadir di dalam forum tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut Husam, Kelantan menawarkan dua inisiatif utama dalam masa terdekat, iaitu pembangunan industri pelancongan "high value tourism" di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan pembentukan satu persepakatan di dalam mencari langkah-langkah alternatif yang dapat mengurangkan penggunaan baja di dalam projek-projek berkaitan dengan industri pertanian di dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Dengan jarak hanya 2 jam perjalanan dari Pulau Pinang ke Empangan Pergau, pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang boleh dibawa ke Kelantan untuk melihat keindahan fauna dan flora di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan ini merupakan suatu destinasi yang dapat melengkapkan kunjungan mereka ke negeri Pulau Mutiara itu", tegas beliau.

Selain itu katanya, Tanah Tinggi Lojing dan Taman Negara Nenggiri juga mempunyai potensi pertanian dan pelancongan yang dapat dikongsikan bersama antara negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam aspek pengurangan kos baja pula, beliau menegaskan bahawa dengan harga kelapa sawit dan lain-lain bahan komoditi pertanian yang menjunam sekarang, setiap ringgit pengurangan dalam kos baja akan merupakan penambahan di dalam keuntungan untuk industri tersebut, terutama untuk pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil pengeluaran kelapa sawit. Ini akan menjamin supaya industri pertanian ini terus dapat berdaya maja menghadapi cabaran-cabaran pasaran global.

Menurut Husam lagi, persepakatan ekonomi antara negeri-negeri Pakatan Rakyat ini bukan sahaja penting untuk menghadapi cabaran ekonomi global akibat keruntuhan sistem kewangan di Amerika dan Eropah, tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk menghadapi tekanan-tekanan dan layanan berat sebelah yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri Pakatan rakyat tersebut.

Beliau menyebut, sebagai contoh bagaimana hasil gas asli yang ditimba dari perairan laut di Kelantan tidak didaratkan di Kelantan, sebaliknya dialihkan ke Songkhla yang jarakanya 50km dari Kelantan, dan kemudiannya dibawa masuk semula melalui Kedah ke Malaysia.

"Langkah ini bukan sahaja mengakibatkan negeri Kelantan terlepas peluang untuk membangunkan industri gas asli di dalam negeri, tetapi juga menyebabkan billion ringgit wang rakyat di bazirkan kerana lencongan 200km "pipeline" tersebut. Akhirnya, Kedah juga jatuh ke tangan Pakatan Rakyat,"katanya.

Di dalam majlis yang sama, Husam menegaskan harapan agar kaum-kaum Melayu dan India yang dipinggirkan selama ini di dalam pembangunan ekonomi di Pulau Pinang akan diberikan peluang yang lebih adil bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua kaum di Pulau Pinang.

"Cabaran bukan sahaja untuk memacu ekonomi supaya terus berkembang dan mengekalkan pertumbuhan itu, tetapi juga membetulkan semula kesilapan dua dekad yang lalu, bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di seluruh Negara", tegas beliau. - harakahdaily

Kuala Terengganu bakal merubah lanskap politik negara

Tumpuan negara kini diberikan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu berikutan kekosongannya akibat kematian wakil BN tempoh hari.
BN yang menang kerusi tersebut dengan majoriti kecil 628 undi dijangka mendapat tentangan hebat dari PAS dalam PRK ini.

Menurut rekod kerusi parlimen Kuala Terengganu ini sering bertukar tangan, kesimpulannya bukanlah kerusi selamat buat BN.

Pada PRU 1 tahun 1959, sebahagian kerusi ini yang dikenali Kuala Terengganu Selatan dimenangi oleh Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara dengan bantuan PAS. (Kuala Terengganu Utara dimenangi oleh Almarhum Hassan Adli - PAS), 1990 kerusi ini dimenangi oleh Dato' Manan Osman dari Semangat 46 yang ketika itu menjalin kerjasama dengan PAS. 1999 kerusi ini dimenangi oleh Dr Syed Azman dari PAS.

Apakah BN mampu mempertahankan kerusi ini khsusunya selepas gelombang Permatang Pauh baru-baru ini?

Rata-rata para penganalisa politik menjangkakan peluang 50-50 kepada kedua-dua parti. Terpulanglah kepada jentera masing-masing parti untuk bertarung bagi memastikan mana-mana sahaja pengundi atas pagar condong pada parti mereka selain memastikan yang penyokong tegar mereka tidak berpaling tadah.

Bagi jentera PAS tumpuan sepatutnya diberikan kepada kerja-kerja "on the ground" mulai dari saat ini, saya difahamkan sahabat-sahabat di sana sudah pun mula membanting tulang sejak dari awal lagi.

Begitulah juga patutunya jentera bantuan dari negeri-negeri lain, sepatutnya sudah bersedia menggerakkan logistik dan apa sahaja bantuan bagi membantu peperangan pilihan raya ini.
Isu calon, serahkanlah pada mereka yang bertanggungjwab. PAS tidak pernah secara terbuka membicarakan soal calon khasnya calon PRK sehingga dibincang dan dibahaskan secara terbuka.
Kita punya tertib dan adab kita sendiri. Siapa pun calon, tanggungjawab kita adalah untuk memenangkan parti.

Kemenangan kerusi ini sesungguhnya sangat penting bukan hanya untuk PAS malah Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia. Permatang Pauh boleh dikira pembakar obor, tetapi ia belum cukup untuk mencetuskan "upset" kerana kerusi Permatang Pauh sekadar bertukar tangan dari KeADILAn ke KeADILan.

Kuala Terengganu adalah kerusi Umno-BN. Jika ia mampu ditumbangkan, isyarat yang diberikan adalah bahawa BN sah telah bersedia untuk dikuburkan.

Ketika itu kawan-kawan dalam BN akan makin gundah-gulana, dan saya yakin jika ia tercapai, masing-masing akan mula bersedia, untuk melompat atau apa sahaja, ketika itu tidak perlu dipelawa, kerana isyaratnya cukup kuat bahawa rakyat sudah hilang sama-sekali keyakinan terhadap Umno-BN.

Bayangkan Umno tewas sebelums empat membanjiri PWTC untuk Perhimpunan Agung mereka. Umno tewas belum pun sempat proses peralihan kuasa berlaku dalam partinya. Jika ini berlaku bersedialah untuk menyaksikan runtuhnya empayar Umno sebagaimana yang dinantikan ramai.

Kerana itu sempena suasana korban ini, seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan besar berlaku dalam lanskap poltik negara, perlu bingkas bangun berkorban untuk memastikan BN terus rebah, berdengus dan terkorban, pupus dan hilang terus dari persada politik tanahair.
Ini bukan cubaan, ini betul-betul, itu dialog Pak Mustar, tetapi dalam hal ini yakinlah Kuala Terengganu insyallah akan betul-betul menjanjikan perubahan besar-besaran kiranya Umno-BN berjaya ditewaskan.

Ianya kini terletak di atas kita, tidak kiralah sama ada kita mengundi di KT atau tidak, semua kita perlu berkorban membantu memberikan kemenangan kepada PAS selaku wakil Pakatan Rakyat.

Jangan terjerumus dalam perangkap BN, jangan lalai, jangan tertipu. Jangan biarkan apa sahaja kecenderungan untuk perpecahan berlaku, perpaduan dan kerjasama penting disaat ini. Kerana itu nama-nama calon ini serahkanlah pada pimpinan untuk putuskan.

Siapa pun calon yang diputuskan nanti kita akur dan terima, jangan terlalu ghairah disaat ini, takut nanti ada yang kecewa dan berpatah hati, ini jika dibiar berlaku sudah pasti mengusutkan prospek kita.

Ayuh bekerja mulai sekarang. Bersama berkorban untuk menjuarai perubahan dalam negara. - harakahdaily

(Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS)

PAS Terengganu akan lancar jentera pilihan raya esok!

KUALA TERENGGANU, 10 Dis (Hrkh) -PAS Terengganu akan melancarkan secara rasminya penubuhan jentera pilihan raya PAS bagi Pilihan raya Kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu pada 11 Disember ini (esok).
Pengerusi Jawatankuasa PAS Terengganu bagi Jentera Pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong berkata jentera pilihan raya PAS Terengganu di seluruh peringkat telah pun siap ditubuh dan digerakkan.

"Di peringkat Kawasan, DUN dan UPU, semuanya telah ditubuhkan dan mereka telah pun bermesyuarat mengikut tugas dan fungsi masing-masing,

"Sehingga hari ini semangat ahli-ahli adalah tingi dan belum ada halangan-halangan, Insya-Allah kita akan membuat pelancaran jentera pilihan raya pada 11 Disember,"kata beliau yang turut memberitahu Markas PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai akan dijadikan sebagai Markas Besar Pilihan raya Kecil P.036.

Beliau berkata pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah pilihan raya yang agak terbuka kerana ianya adalah pemilihan wakil parlimen bukannya wakil untuk Dewan Undangan Negeri.

"Kita akan terus mendekati pengundi-pengundi bukan melayu dalam pilihan raya kecil ini kerana ia adalah kerusi parlimen berbeza dengan pilihan raya dulu (pilihan raya umum) di mana DUN Bandar itu orang-orang cina merasakan mereka perlu satu wakil dari etnik mereka tapi sekarang ini kita rasa ianya lebih bebas," ujar beliau.

Kemenangan PAS bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu menurut beliau adalah amat penting bagi membawa suara negeri dan apakah kekurangan-kekurangannya yang dibuat atau dilakukan oleh kerajaan pusat ke atas negeri.

Beliau menyebut antara pengkhianatan kerajaan Umno-BN Pusat kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu adalah pengkhianatan kepada sistem demokrasi berparlimen, kemiskinan dan infrastruktur yang ketinggalan.

"Bila kita menang pada tahun 1999 dia rampas hasil minyak kita ini satu paling tidak demokratik (very undemocratic) ini kita kena sampaikan lagi di parlimen.

"Kemudiannya yang kedua, kemiskinan yang berterusan walaupun kita mendapat hasil banyak tapi rakyat Terengganu masih lagi termiskin kedua di Malaysia, tidak ada sebab (no reason), ini kita kena sampaikan kepada parlimen secara positif.

"Yang ketiganya kemudahan-kemudahan infrastruktur di negeri Terengganu sendiri, maknanya penumpuan (hendaklah dibuat) bukannya kepada mega projek yang tidak memberi keuntungan dan manafaat kepada rakyat secara langsung seperti Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam,"katanya yang dipetik Buletinonline.net selepas mesyuarat Perhubungan Negeri Terengganu di Kuala Ibai, baru-baru ini.

Beliau juga kesal kerana apa yang dapat dilihat sekarang ini ialah infrastruktur dalam bandar dan sekitar pinggir bandar yang masih lagi terlalu jauh kebelakang.

"Bila hujan lebat sikit, sudah ada banjir (di tempat ) yang tidak sepatutnya banjir. Ini adalah kegagalan-kegagalan dan kealpaan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), dan ini antara isu-isu yang besar yang kita akan kemukakan kepada rakyat (dalam pilihan raya kecil ini),"tambah beliau. - harakahdaily

Isnin, 8 Disember 2008

Pemuda PAS – Calon Muda Tempatan Berkelulusan PhD

Kuala Terengganu –Dewan Pemuda Pas Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi.

Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan. “Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah.

“Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi. “Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,” katanya Akhbar Sinar HarianBeliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu.


Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama. Menurut beliau, sekiranya kepimpinan Pas Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan.


“Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golo-ngan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara Pas bersama pakatan pembangkang.


“Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,” katanya. Beliau berkata, Pas akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN.

Sabtu, 6 Disember 2008

Penamaan calon 6 Januari, Pilihan Raya 17 Januari bagi kerusi Kuala Terengganu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.


"Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologikal yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat."


"SPR ada tempoh selama 60 hari sebenarnya untuk mengadakan pilihan raya kecil ini, justeru tidak ada sebab mengapa ia (pilihan raya kecil) harus dipercepatkan selepas mengambil kira faktor cuaca, faktor akhir tahun dan petugas kerana 70 peratus petugas terdiri daripada guru-guru yang sedang bercuti akhir tahun.


"17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terbabit untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai," katanya mengumumkan tarikh itu selepas bermesyuarat mengenai perkara tersebut di ibu pejabat SPR di sini hari ini.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail akibat serangan jantung, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, jumaat lepas.


Wan Ahmad berkata, Daftar Pemilih yang akan diguna pakai untuk pilihan raya tersebut ialah Daftar Pemilih yang diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.

Daftar pemilih ini mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos dan layak mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan, katanya.
Beliau berkata pilihan raya tersebut akan membabitkan 36 pusat mengundi dan 143 saluran mengundi serta 877 petugas di seluruh kawasan pilihan raya itu.


Mesyuarat yang sama juga katanya, telah bersetuju untuk menubuhkan dua pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau dan mengawasi keseluruhan perjalanan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.


Pasukan berkenaan yang akan diketuai seorang Pegawai Penguatkuasa antara lain membabitkan wakil calon yang bertanding, anggota Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai polis yang berpangkat Inspektor ke atas sebagai anggota.


Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad memberitahu bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala enam orang dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus.


Sementara itu, beliau berkata SPR bersetuju membenarkan kehadiran wakil Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk menjalankan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan SPR.


Beliau berkata pemerhati hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian.


"Undang-undang tidak membenarkan sesiapa saja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh SPR saja.


"Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihan raya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihan raya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu urusan perjalanan pilihan raya diganggu kelancaran," tegas beliau. - Bernama

Khamis, 4 Disember 2008

Kisah lelaki yang menziarahi saudaranya kerana Allah Taala

Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;

“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”

(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr ,
Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)
Kesimpulan cerita

Nabi Sollallahu’alaihiwasallam menceritakan kisah seorang lelaki yang keluar dari rumahnya menuju ke perkampungan lain yang tidak dinyatakan jarak antara dua kampung tersebut. Akan tetapi daripada gaya bahasa hadis, lelaki itu berjalan kaki dalam satu masa yang panjang dalam perjalanannya antara dua kampung tersebut. Dia telah keluar dengan niat yang satu iaitu ziarah. Bukanlah kerana menziarahi adik beradik ataupun sanak saudara, bahkan menziarahi saudaranya semata-mata kerana Allah Taala. Maka Allah Taala mengutuskan malaikat – dalam rupa lelaki- dalam perjalanannya untuk mengintip dan menunggunya. Apabila dia melalui tempat malaikat menunggunya, malaikat itu pun bertanya arah tujuannya. Lelaki itu menyatakan tujuannya ke kampung itu untuk menziarahi saudaranya kerana Allah. Malaikat menimbulkan persoalan kepadanya adakah ziarahnya untuk tujuan dunia seperti perniagaan ataupun kerana mempunyai hubungan kerabat dengan saudaranya tersebut. Lelaki itu menafikannya, bahkan menegaskan bahawa ziarahnya adalah semata-mata kerana Allah tanpa ada sedikitpun tujuan duniawi.

Selepas perbualan ini, malaikat memberitahu hakikat sebenar dirinya sebagai utusan Allah yang berupa seorang lelaki. Lalu malaikat memberi satu khabar gembira kepadanya bahawa Allah Taala mencintainya kerana dia mencintai saudaranya kerana Allah Taala semata-mata..
* Ulama’ berkata; Mahabbah Allah Taala kepada hambanya ialah rahmatNya kepadanya, redha dariNya, Allah Taala menghendaki untuk hambanya kebaikan.

**Asal mahabbah dalam perbuatan manusia adalah cenderung hati, akan tetapi Allah Taala suci dari perkara tersebut.

Pengajaran

Cerita ini memberi satu gambaran makna yang sangat tinggi yang perlu dimiliki oleh umat pada setiap zaman dan masa.. Ukhuwwah kerana Allah Taala adalah setinggi-tinggi dan semulia-mulia hubungan yang dibina. Ukhuwwah merupakan ruh keimanan yang hidup dan perasaan dalaman yang lahir dalam lubuk hati orang yang beriman terhadap saudaranya. Seolah-olah mereka ini merupakan ruh yang satu yang hidup dalam jasad yang berbilang. Menyuburkan ukhuwwah merupakan kaedah terbaik sebagai permulaan bagi seluruh umat Islam untuk tolong-menolong ke arah kebaikan. Bahkan ukhuwwah yang dibina seumpama ini menjadikan diri para muslimin untuk berpegang teguh dengan agama Allah dan berusaha untuk menjadi rijal-rijal yang akan mendaulatkan agama Allah sehingga Allah menjadikan kalimah kufur itu berada di bawah di tempat yang sangat hina. Maka, terbinalah satu keyakinan bahawa Kalimah Allah itu sentiasa berada di tempat yang tertinggi di bawah jaminanNya.

Wallahua’alam.

“ Dan masyarakat Islam sangat berhajat kepada ukhuwwah para mu’min, dan rijal-rijal yang saling menyayangi, dan pemuda-pemuda yang ikhlas berjuang. Mereka memikul pada diri mereka makna yang tinggi terhadap perasaan sayang, keikhlasan dan menunaikan janji dengan harapan daulah Islam yang hilang akan dikembalikan, kemuliaan para muslimin akan dikembalikan; dan yang demikian itu bagi Allah adalah Maha Berkuasa dan Maha Perkasa”

(Abdullah Nasih ‘Ulwan: Ukhuwwah Islamiah)

Selasa, 2 Disember 2008

PENGORBANAN MEMARTABATKAN ISLAM

Sempena Aidil Adha 1429

Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah:

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.

Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang di mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan "Aku lah Tuhanmu Yang Maha Tinggi " dengan menengelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allah lah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.
Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan penganut agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .

Generasi penggerak kebangkitan Islam

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.
Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ * إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

bermaksud:
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihimassalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

وَا حَسْرَةً للْفَتَى ساعَــ ـةً يَعِيشُها بعد أحِبَّائـهِ عُمْرُ الفَتى لو كان في كَفِّــه رَمَى به بعد أوِدَّائـهِ

· alangkah sedihnya bagi seorang yang menemui satu ketika,
· dia hidup tanpa kekasihnya di sisinya,
· kalaulah nyawa itu berada di tapak tangan,
· pasti kan dilemparkan apabila kekasih sudah tiada.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah. Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah. Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.
Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ من الصابرين

Yang bermaksud:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononya . Kemudahan teknologi dan tamaddun modern yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Filem-filem lucah yang mempamirkan aksi berahi sudah jadi sebati dengan jiwa rakyat Malaysia ala Islam Hadhari. Budaya melihat aurat wanita dalam rancangan televisyen seakan tiada mengapa. Kita semakin lupa bahawa mata dan panca indera yang lain merupakan amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah. Malah rumah Allah semakin mudah untuk disembamkan ke bumi sebagaimana yang berlaku di Kampung Bkt. Berembang baru-baru ini sedangkan lokasi-lokasi maksiat tetap tersenyum bongkak meratah akhlak dan jiwa seorang muslim.

Apakah ini hasil tarbiah atau didikan yang kita timba dalam setiap lembaran 10 Zulhijjah yang menjelma. Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

فَوَاللَّهِ ‏ ‏مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا ‏‏ ‏‏ تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

yang bermaksud:
Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.
Allah berfirman:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Lata dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.
Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

دع ما للقيصر للقيصر وما لله لله

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah . Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.
Apakah umat seperti ini yang diharapkan bakal memartabatkan Islam? Adakah golongan ilmuan Islam yang tergamak mengkhianati ilmunya ini yang diharap-harapkan bakal memimpin tangan masyarakat untuk kembali mencari redha dan kasih ilahi?

Demi tuhan Kaabah ! Mereka bukan harapan yang ditunggu-tunggu. Mereka bukan pewaris perjuangan para anbia dan para mursalin. Allah melaknat golongan yang cuba untuk memutarbelitkan Islam dengan akal dan nafsu dangkal mereka sebagaimana Allah melaknat golongan ulamak jahat Bani Israil yang sanggup untuk menokok tambah Al-Taurah dan Al-Injil semata-mata mengharapkan secebis nikmat dunia yang sementara.

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ * كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ * تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ

Yang bermaksud:

78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.

[79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

[80] Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka)

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud:
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

Kata pujangga:

إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا ·

apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan, · dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama, · sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama, · dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah !. Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ * أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ * أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Yang bermaksud :

[97] Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.
Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/