
Persoalannya apakah perubahan yang dibuat oleh UMNO kepada Terengganu selepas mendapat wang royalti tersebut. Apakah yang rakyat dapat hasil daripada wang royalti tersebut.
Idris Jusoh ketika menjadi menteri besar, di lihat gagal membuat perubahan kepada rakyat walaupun mendapat bantuan terus daripada kerajaan pusat. Beliau hanya mampu membuat projek-projek mega yang tidak membawa manfaat kepada rakyat. Projek-projek besar seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal hanya mengenyangkan orang-orang tertentu. Antara yang mendapat manfaat ialah Wan Hisham, abang kepada Wan Farid sendiri.
Mat Said yang menjadi menteri besar sekarang sendiri pernah mengakui, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Idris Jusoh banyak membazir.
Perselisihan antara Mat Said dan Idris Jusoh bermula apabila Sultan memilih Mat Said sebagai Menteri Besar yang baru selepas pilihanraya umum ke-12 2008. Perselisihan itu dikatakan berterusan sehingga kini, apabila Idris jusoh dan pengikut-pengikutnya dikatakan tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Farid sebagai calon BN.
Selepas Datuk Razali meninggal dunia, Umno Terengganu telah buat satu perjumpaan tetapi Idris dan pengikut-pengikutnya dikatakan tidak menghadiri perjumpaan tersebut. Wan Farid yang asalnya juga merupakan pengikut Idris beralih menjadi penyokong Mat Said, Akhirnya beliau dapat menjadi calon untuk pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan