Isnin, 5 Januari 2009

Abd Wahid cabar UMNO laksana pembangunan untuk rakyat

Kuala Terengganu, 5 Jan - Calon PAS, Abdul Wahid Endut mencabar kepimpinan UMNO Terengganu melaksanakan Pembangunan untuk rakyat. Beliau menyatakan demikian kerana semenjak UMNO mengambil alih kepimpinan daripada PAS pada tahun 2004 pembangunan yang dibuat oleh UMNO tidak bersifat merakyat.

Abd Wahid ditanya oleh wartawan selepas merasmikan gerak kerja DUN Ladang untuk pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu semalam.

Kelmarin BERNAMA melaporkan kenyataan Menteri Besar Terengganu, bahawa 5.8 Juta akan digunakan untuk membangunkan Kuala Terengganu sekiranya UMNO berjaya memenangi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Datuk Ahmad Said turut memperlekeh DUN Wakaf Mempelam yang di wakili oleh Abd Wahid kerana kurang dari segi pembangunan di Kuala Terengganu.

Mohd Abd Wahid Endut berkata, "Projek-projek besar seperti Monsoon CUP dan Masjid Kristal yang dibanggakan oleh UMNO Terengganu adalah contoh pembangunan yang tidak merakyat". Menurut beliau juga, projek ini hanya menguntungkan individu-individu tertentu dan rakyat juga yang terus terbiar menanggung derita

Ketua Penerangan Negeri Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid kelmarin menyifatkan kenyataan Datuk Ahmad Said sebagai suatu ugutan kepada rakyat Kuala Terengganu. Pembangunan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan sekalipun mereka kalah di kawasan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman UMNO dan BN samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, duit dan projek dijadikan umpan kepada rakyat supaya mengundi mereka.

Tiada ulasan: