Jumaat, 2 Januari 2009

CALON PRK PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Bismillahirrahmanirrahim..
Teka-teki semua orang telah pun terjawab, dengan pengumuman yang dibuat oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas dalam satu siri ceramah pengistiharan calon di Stadium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu malam tadi

Calon yang dimaksudkan ialah Yb Tn Hj Mohd Wahid bin Endut (gambar). Beliau ialah ADUN Wakaf Mempelam dan YDP Kawasan Kuala Terengganu merangkap Bendahari badan perhubungan PAS negeri terengganu.

Mungkin bagi kebanyakan orang yang berada di luar Terengganu, pemilihan YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dilihat sebagai suatu keputusan yang silap. Namun, bagi penduduk dan pengundi di Kuala Terengganu ini khususnya, pemilihan yang dibuat tersebut adalah pilihan yang tepat dan mampu memenuhi kehendak

Semua orang tidak menyangka bahawa calon bagi PRK P 036 ialah Tn Hj Wahid. Tapi itulah keputusan yang telah diputuskan oleh Parti. Seorang yang berpengalaman dan lantang di Dewan Undangan Negeri tapi tidak pernah memusuhi sesiapa , termasuk orang yang pernah mengajak di bergocoh (bertumbuk) di DUN.

Untuk menjadi calon PAS memerlukan tapisan yang boleh dikatakan agak ketat. Bermula dengan keputusan Perhubungan Negeri sampai kepada Majlis Syura Ulamak. Ini bagi memastikan calon tersebut bebas dari pelbagai keburukan seperti rasuah, pecah amanah, sentiasa meneruskan dosa kecil dan sebagainya.

Islam menggalakkan segala keputusan di ambil secara bersama. Pun begitu Islam juga membenarkan dalam situasi tertentu pemimpin berhak membuat keputusan berdasarkan kepada kebijaksaan seorang pemimpin.

Jadi sewajarnya sebagai seorang ahli gerakan Islam terus menerus bekerja bagi menjayakan agenda PAS untuk mengdaulatkan Islam sebagai asas perjuangan parti samada ketika menjadi pembangkang atau pemerintah.

PAS tidak pernah membezakan antara suasana pembangkang dan pemerintah. Dalam pelbagai suasana Islam tetap dinobatkan walaupun mendapat sedikit bantahan dari lawan dan juga kawan.

Yang penting tingkatkan wala’ kepada pimpinan. Hentikan pertikaian lidah sesama ahli agar keteguhan PAS sebagai parti Dakwah, Siyasah dan tarbiyyah dapat terus dikekalkan.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Wallahua'lam.

Berikut sedikit profail Calon kite....

UMUR : 51 TAHUN

PENGALAMAN KERJA :
1. ADUN WAKAF MEMPELAM
2. PEGAWAI PUSAT PENGEMBANGAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN DI UPM

PENDIDIKAN TERTINGGI :
1. DIPLOMA PERIKANAN DAN SAINS SAMUDERA (UPM)

JAWATAN DALAM PARTI :
1. BENDAHARI PAS NEGERI TERENGGANU
2. YDP PAS KUALA TERENGGANU

NAMA ISTERI : HAJJAH WAN FATIMAH WAN ABDULLAH

PEKERJAAN : GURU

BILANGAN ANAK : 9 ORANG

Tiada ulasan: