Isnin, 5 Januari 2009

Jalan Sultan Mahmud ditutup sempena penamaan calon

Kuala Terengganu - Beberapa jalan yang berhampiran dengan Stadium Negeri Terengganu ditutup bermula tengah malam semalam. Jalan Sultan Mahmud ditutup, bermula dari lampu isyarat Batu Burok menghala ke bulatan Batu Bersurat dan Jalan Kelab Kerajaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dilaporkan berkata "Kenderaan dari Kuantan menuju ke pusat bandar boleh melalui Jalan Kamarudin, Jalan Pusara atau Jalan Sultan Omar dan bagi kenderaan yang dari bandar menghala ke Kuantan, boleh menggunakan Jalan Sultan Ismail - Jalan Sultan Omar - Jalan Sultan Kamarudin.

"Bagi kenderaan yang menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), pemandu perlu melalui Jalan Persinggahan," katanya.

Jalan Budiman-Jalan Panji Alam-Jalan Sultan Omar disyorkan sebagai Jalan alternatif bagi kenderaan yang datang dari arah Kuantan untuk menghala ke bandar. Bagi kenderaan dari arah Kuantan menuju ke HSNZ,pula boleh menggunakan Jalan Haji Busu dan Jalan Persinggahan (Jalan Pantai).

Bagi pemandu yang datang dari arah bandar menghala ke Kuantan, mereka juga boleh juga menggunakan Jalan Sultan Omar-Jalan Panji Alam-Jalan Budiman, melalui Jalan Pasir Panjang-Jalan Tok Adis atau melalui Jalan Sultan Mohamad-Jalan Kuala Berang.

Jalan akan turut ditutup pada hari mengundi 17 Jan mulai 7 pagi hingga 5 petang. - sumber BERNAMA

Tiada ulasan: